Thursday, 4 June 2015

10 teknologi dan inovasi

Teknologi dan inovasi dalam bidang sains
1. Energy Seed


Bateri lama yang tidak dipakai boleh dikitar semula dengan produk ini. Dengan hanya membuang bateri ke dalam sebuah bekas kitar semula yang dipasang dengan lampu.
Produk ini direkabentuk supaya dapat mengitar semula bateri yang lama dengan menggunakan baki tenaga yang terdapat pada bateri untuk menyalakan lampu ini. Dengan yang demikian, produk ini boleh digunakan sebagai lampu jalan. Lampu berbentuk seperti cincin ini menggunakan LED. LED hanya menggunakan 2V untuk dinyalakan dan baki kuasa pada bateri lama mempunyai kira-kira 0.8V hingga 1.3V. Oleh itu, dengan mudah bateri lama ini mampu menjana kuasa untuk lampu jalan ini.



2. Bel-Air : Rumah Hijau Mini


Penapis udara ini telah direkabentuk oleh seorang pereka Perancis Mathieu Lehanneur dan Professor Harvard David Edwards. Apa yang menariknya adalah dengan menggunakan kipas yang terdapat pada alat ini, angin akan melalui kebuk dan seterusnya melalui setiap ruang pada pokok dalam kebuk tersebut. Kesannya adalah udara yang keluar lebih segar dan mengurangkan toksik-toksik dalam udara. Pokok yang ditanam pada alat ini adalah yang jenis yang boleh menyerap toksik.


3. Sorapot


Teko futuristik yang direka oleh Joey Roth, seorang pereka industri daripada New York . Joey memilih Alcoa aluminium kerana kelebihan berbanding bahan-bahan lain. Joey mengaplikasikan konsep "When designs meet technology" terhadap alat ciptaannya. Ciri aluminium yang ringan  dan kebolehan logam untuk memindahkan haba bergabung dengan reka bentuk futuristik, sorapot akan melengkapkan dapur moden anda. Ia menggambarkan satu rekaan moden dengan keistimewaan, seni bina tiub kaca yang menonjolkan kejadian proses pembuatan teh. Bekas ini boleh memegang sehingga 11 auns cecair, bersamaan dengan dua cawan teh. Ia diperbuat daripada keluli tahan karat, pyrex, dan silikone semula jadi dan mesra alam. Sorapot telah berada di pasaran pada tahun 2008.


4. Orange solar concept tent


Khemah generasi baru ini direka oleh pencipta kaleidoscope. Khemah ini mempunyai teknologi solar untuk menukarkan cahaya matahari menjadi sumber tenaga elektrik yang dijana untuk kegunaan dalamannya. Gajet-gajet elektronik boleh berfungsi bersama khemah ini. Khemah masa hadapan ini membawa aktiviti berkhemah ke satu tahap baru di mana teknologi tinggi boleh diaplikasikan bersama, dan ia menjadikan aktiviti tersebut lebih menarik. Panel pada khemah boleh mengubah cahaya matahari menjadi tenaga yang kemudian digunakan untuk memanaskan dan menerangi khemah. Alat ini sesuai juga digunakan pada waktu malam perkhemahan. Cahaya khemah ini akan dapat menerangi waktu malam perkhemahan dan juga dapat dijadikan pemanas pada waktu sejuk.



5. Cocoon Emergency Shelter



Pendaki bukit atau pengembara yang masuk ke dalam hutan akan menyukai ini. Kepompong, yang direka oleh John Moriarty, adalah tempat tinggal kecil yang boleh digantung pada hampir mana-mana tempat yang kukuh. Penghuni yang tinggal dalam kepompong ini akan berasa selesa dan sesuai digunakan ketika kecemasan dan menunggu bantuan tiba. Penggunaan bahan fabrik yang sesuai dari segi pembuatan kain kepompong dapat mengekalkan haba badan penghuni.

6. Bioremediasi



Bioremediasi berasal dari kata bio dan remediasi atau "remediate" yang bermaksud menyelesaikan masalah. Secara umum bioremediasi dimaksudkan sebagai penggunaan mikrooragnisma untuk menyelesaikan masalah-masalah lingkungan atau untuk membersihkan tanah, lumpur, atau air sehingga kembali bersih. Bioremediasi merupakan penggunaan mikroorganisma untuk  mengurangkan pencemaran, khususnya air. Enzim-enzim yang dikeluarkan oleh mikroorganisma akan bertindak menukarkan molekul-molekul yang beracun kepada yang tidak berbahaya. Mikroorganisma yang hidup di tanah atau air dapat “memakan” bahan kimia berbahaya yang tertentu, lalu mengubah bahan kimia menjadi air dan gas yang tidak berbahaya seperti karbon dioksida. Bakteri yang secara spesifik menggunakan karbon dari hidrokarbon sebagai sumber makanannya disebut sebagai bakteri petrofilik. Bakteria inilah yang memegang peranan penting dalam bioremediasi.


7. Jam Braille

Jam ini yang telah direka khas oleh designer terkemuka iaitu Wing Li telah diberi nama OOSH. Jam ini direka khas untuk individu yang mengalami masalah penglihatan terutamanya untuk mereka buta kerana konsep Braille diaplikasi dalam rekaannya. Jam yang mempunyai 64 lubang berfungsi untuk memberitahu maklumat mengenai masa. Perkara ini dapat dilakukan kerana lubang yang dibuat dapat membentuk formasi angka Braille bagi menyampaikan waktu. Bukan itu sahaja, malah jam ini dapat mengeluarkan alarm sama seperti jam-jam digital yang lain.


8. Pembuatan kertas kalis air


Satu sebatian berair yang akan memfungsikan atau mengubahsuai ciri-ciri kertas dan mana-mana bahan berselulosa lain telah dihasilkan. Kompoun ini menggunakan enzim-enzim semulajadi daripada reagen kimia tradisional, boleh dilupuskan dengan muda, dan tidak melibatkan kesan negatif pada alam sekitar. Paling penting, ia boleh digunakan dengan mudah. Inovasi ini akan membantu dalam penciptaan produk kertas baharu dengan nilai yang tinggi. Setakat ini, syarikat yang menggunakan produk ini mampu membuat kertas kalis air menggunakan bioteknologi dan tanpa menggunakan kimia umum yang menghalang kitar semula. Ini akan menghasilkan kertas pelbagai fungsi atau memberi ia beberapa ciri-ciri seperti menjadi hidrofobik dan antioksidan.


9. Kokoro wearable cellphone

Ini memang satu konsep reka bentuk yang sangat pintar yang boleh membantu ibu bapa menyimpan satu pencapaian yang berterusan terhadap anak-anak mereka. Kokoro telefon bimbit boleh pakai adalah sama seperti jalur pergelangan tangan dan sangat ringan dalam berat yang tertanam dengan skrin LED sebagai antara muka dan juga kamera untuk membuat panggilan video. Ia membantu ibu bapa yang bekerja untuk terus berhubung kepada anak-anak mereka dan memberi perhatian kepada mereka apabila diperlukan. Peranti ini juga mampu menjaga pemeriksaan ke atas kesihatan anak anda kerana ia boleh membaca degupan jantung yang menghantar maklumat yang kritikal melalui e-mel apabila diperlukan.


10. Pengukur DNA telefon pintar


Elektrik dan bioengineer Aydogan Ozcan dari University of California, Los Angeles , dan rakan-rakan sekerjanya telah mencipta lampiran telefon pintar yang boleh menganggar panjang molekul DNA pada sampel. Beratnya kurang daripada 190 gram, bayaran hanya $400 dan menggunakan tiga bateri AAA, boleh mendedahkan nombor salinan variasi dan ciri-ciri genetik penyakit, menjadikannya alat yang berpotensi untuk ujian diagnostik.

Dengan meletakkan sampel, mereka memanjangkan DNA ke dalam garisan-garisan yang lurus; kemudian, kemudian, satu laser biru dalam mikroskop pendarfluor disinarkan pada DNA, dan telefon pintar mengambil satu siri gambar yang dihantar kepada “remote server” untuk mentaksir panjang bebenang DNA. Mereka mendapati mikroskop telefon pintar mungkin boleh menganggarkan panjang dalam lebih kurang 1,000 pasangan bes.

Tugasan bertulis: Facebook dalam pendidikan


GGGE2123
Teknologi dan inovasi dalam pendidikan
“penggunaan facebook dalam pelajaran”

1-mawaddah bt yaziz                                  A149966
2-anis syafiqah bt razman                           A149172
3-siti BAZILAH BT ZULKEFLI               A150516
4-nur aida syazwana bt che zakaria            A148093
5-norsakina a/p jamaludin                          A150166



PENGENALAN
Dalam era globalisasi ini, teknologi berkembang begitu pesat. Teknologi yang berkembang pesat ini melahirkan banyak laman-laman social seperti Facebook dan Twitter yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat.
Facebook merupakan laman sosial yang dikendalikan oleh Facebook, Inc. yang menyasarkan golongan belia, tetapi kini Facebook telah menjadi sesuatu yang harus dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat dengan tiada had umur. Pada hari ini, kanak kanak seawal usia 7 tahun telah pun mempunyai akaun Facebook tersendiri. Hal ini demikian kerana Facebook boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang memiliki alamat e-mel yang sah.
Facebook diasaskan oleh  Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard,tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Standford.Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.
Pada mulanya, Facebook digunakan untuk menambah kenalan sama ada dalam atau luar negara, dan untuk berhubung sesame sendiri serta berkongsi gambar dan info. Tetapi kini facebook digunakan secara menular sebagaima dah untuk menyebarkan berita, berniaga secara atas talian dan juga digunakan dalam bidang pendidikan.Facebook pada hari ini kerap dijadikan sebagai media pembelajaran oleh tenaga pengajar dan pelajar.Media pembelajaran merupakan alat yang berfungsi sebagai perantara atau penyampai isi berupa informasi berupa visual dan verbal untuk keperluan pengajaran.
Facebook dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran secara online dengan mewujudkan kumpulan dalam Facebook. Di dalam kumpulan tersebut, segala nota dan perbincangan akan diwujudkan yang dapat membantu pelajar untuk lebih memahami tentang sesuatu subjek. Selain itu, Facebook juga amat membantu dalam perbincangan antara pengajar dan pelajar, serta perbincangan antara pelajar sesame  pelajar. Dengan Facebook, pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana, bukan terhad di dalam kelas sahaja.
Teknologi yang wujud pada hari ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik.Penggunaan Facebook boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal. Hal ini akan memberi kemudahan kepada pengajar serta para pelajar.


APLIKASI FACEBOOK DALAM PELAJARAN
Amat penting bagi pensyarah dan guru memperkenalkan rangkaiansosial kepada pelajar. Menurut Caroline dan Terri(2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar  untuk ;    
i)  Membuka akaun facebook mereka sendiri dan menjadi kawan dengan seorang (sekurang-kurangnya) daripada rakan di dalam kelas.
ii) Menyiarkan gambar yang berkenaan dan bersesuaian dengan kelas, pesanan mengenai tugasan kursus, dan pemohonan kursus.
iii) Mencuba penggunaan ciri yang berbeza:
                               I.            Ruangan komen
                            II.            Membuat pos
                         III.            Menghantar mesej
                         IV.            Menubuhkan ‘group’  atau kumpulan unutk perbincangan
                              

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah membolehkanmaklumat diterima dengan cepat dengan hanya menggunakan peranti komputeryang mempunyai akses internet. Sebarang maklumat yang diperlukan boleh diperoleh pada bila-bila masa. Kemajuan ini juga telah menyumbang kepada perubahan cara pengajaran dan pembelajaran yang tidak lagi terhad kepada kandungan buku teks mahupun perkara yang disampaikan oleh seseorang guru didalam kelas. Dengan membina peralatan dalam struktur sosial facebook, interaksi antara peserta boleh ditingkatkan. Misalnya melalui aplikasi perpustakaan, pelajar yang mempunyai kesukaran untuk mencari katalog perpustakaan elektronik atau mempelajari cara penggunaan sistem perpustakaan universiti mungkin lebih selesa bertanya kepada kawan di dalam kumpulan atau menggunakan fungsi butang “Tanya Pustakawan” bukannya terus kecewa dan berputus asa. Pustakawan boleh  mengggunakan perpustakaan melalui Facebook sebagai salah satu cara untuk berhubung rapat dengan pelajar yang selalu diajar dalam sesi perpustakaan. Aplikasi Facebook yang dibina oleh perpustakaan boleh menyediakan satu ruang untuk pelajar bertanya soalan rujukan. Walaubagaimanapun, penambahan ciri-ciri tertentu mungkin boleh membantu meningkatkan perkhidmtan ini. Secara keseluruhannya, platform begini boleh membantu menjadikan perpustakaan lebih terbuka dan mudah dicapai, sekaligus menggalakkan lebih banyak interaksi dan peluang pembelajaran dan pengajaran. Jika pindahkan senario ini kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar  sewaktu mereka menemui nota/modul yang berguna. Mereka mungkin mencadangkan nota/modul kepada kawan mereka sewaktu interaksi ini. Aktiviti ini boleh membantu pelajar meningkatkan kemahiran mereka seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka.

Selain daripada itu, pelajar dan guru juga boleh mengadakan kumpulan perbincangan dalam laman sosial ini. Mewujudkan ‘group’ atau kumpulan seperti memudahkan pelajar berserta guru unutk membincangkan subjek-subjek tertentu serta kerja rumah. Ia turut memudahkan guru untuk membuat pesanan mengenai kerja rumah kerja rumah atau menyampaikan nota-nota kepada pelajar sebelum atau selepas kelas. Banyak faedahnya menggunakan kaedah ini antaranya ialah menjimatkan masa dan menjimatkan kos kerana guru tidak lagi perlu mengagihkan nota tersebut dalam bentuk ‘hardcopy’. Bukan itu sahaja, hal ini turut memudahkan pelajar untuk membuat persiapan sebelum memasuki kelas kerana mereka mendapat akses kepada nota tersebut dalam kadar waktu yang singkat.

Selain daripada menubuhkan kumpulan dalam  ‘facebook’, pelajar  dan guru juga boleh memanfaatkan facebook dengan memaparkan persoalan berkenaan topik yang tidak difahami di ruangan ‘post’. Pos-pos ini dapat dilihat oleh keseluruhan ahli dalam kumpulan tersebut. Maka, proses perbincangan dapat dijalankan dengan mudah kerana setiap ahli boleh memberikan respon dengan cepat dan juga dimana-mana sahaja samaada di rumah, sekolah dan sebagainya. Seterusnya, guru juga boleh membuat pos-pos berbentuk soalan serta  meminta pendapat pelajar berkenaan  video, imej yang dipos. Penggunaan video dan imej ini dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan peka akan isu-isu semasa . Respon-respon ini juga boleh dilihat oleh semua ahli termasuk guru. Hal ini dilakukan dengan memanfaatkan ruangan komen yang disediakan disetiap bawah pos-pos tertentu. Dengan itu, perbincangan komen dan diskusi dapat dibuat pada satu tempat sahaja dan tidak bercampur aduk. Disamping itu, selain daripada mewujudkan kumpulan di facebook, pelajar juga boleh berhubung terus dengan pendidik mengenai persoalan tetang topik pelajaran atau kerja rumah. Hal ini dilakukan dengan menghantar mesej di peti masuk akaun guru. Dengan menggunakan cara ini, guru dapat memberikan pendapat secara terus dan mendalam  kepada pelajar tersebut dan komunikasi dapat dilakukan secara ‘real time’. Akhir sekali, aplikasi yang membolehkan kita mengajak rakan-rakan untuk megikuti halaman-halaman berbentuk pelajaran daripada orang yang lebih arif juga merupakan salah satu kelebihan facebook dalam pendidikan. Aplikasi seperti ini memudahkan pelajar untuk merujuk halaman-halaman yang berinformasi dan padat berkenaan topik dan pelajaran mereka.


HALANGAN PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM PELAJARAN
         Terdapat pelbagai faktor yang menghalang penggunaan ‘Facebook’ dalam pendidikan secara menyeluruh.Walaupun sistem pendidikan negara pada masa ini berada dalam arus perdana kepesatan,namun begitu masih ada guru-guru,tenaga pengajar atau para pelajar yang dilabelkan sebagai ketinggalan dalam penggunaan ICT seperti ‘Facebook’ sebagai salah satu medium pembelajaran.

i)  Faktor Kekurangan Masa                                                                     
         Kekangan terhadap masa menjadi salah satu faktor yang menghalang penggunaan ‘Facebook’ dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Hal ini kerana,kadang-kadang seseorang guru memerlukan masa yang khusus atau mengambil masa yang lama bagi memuat naik bahan-bahan pembelajaran ke ‘Facebook’ yang kadang kala sedikit rumit bagi sesetengah guru.Bagi pelajar pula,kekurangan masa untuk memuat turun bahan atau nota pembelajaran menjadikan ‘Facebook’ sebagai medium pembelajaran yang kurang di gemari.
         Bliss (1986) mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran berbantukan komputer di kalangan guru. Antara isu yang penting ialah perubahan peranan guru. Melalui kajiannya, ramai guru yang mempunyai sikap tidak yakin dan bimbang terhadap diri sendiri untuk menguasai teknologi yang baru.
         Dalam aspek keyakinan dan keselesaan menggunakan teknologi komputer, Heywod dan Norman (1988) serta Blease dan Cohen (1990) mempunyai dapatan yang sama. Menurut dapatan mereka, apa yang dititikberatkan oleh guru adalah keyakinan dan keselesaan dalam menggunakan komputer.

ii)  Faktor Guru Kurang Pengetahuan dan Kemahiran Berkaitan Komputer
        Somekh (1989) mendapati bahawa pengalaman guru yang negatif atau tidak berkesan semasa mencuba menggunakan komputer akan mendorong guru tersebut untuk menolak inovasi komputer dalam pembelajaran dan pengajaran yang mereka rancangkan.
       Bukan semua guru mempunyai kemahiran berkaitan komputer apatah lagi pengaplikasian ICT seperti ‘Facebook’.Malah mereka tidak mengambil subjek yang khusus mengenai kemahiran komputer sebagai subjek sampingan,kebanyakannya hanya menumpukan terhadap subjek khusus sahaja.Ini yang menyebabkan guru-guru hanya berpengetahuan kemahiran komputer yang asas sahaja.Pengetahuan yang berkaitan dengan komputer para guru ini amat tipis sekali dan berkemungkinan mereka tidak yakin untuk menggunakan penggunaan komputer atau ICT apatah lagi ‘Facebook’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii)  Faktor Kekurangan Peralatan Komputer,Perisian Komputer dan Talian Internet yang Terhad
            Kelengkapan dan kemudahan yang ada juga turut menjadi halangan yang nyata dalam melaksanakan penggunaan komputer apatah lagi ‘Facebook’ sebagai medium dalam pembelajaran dan pengajaran.Kekurangan peralatan komputer dan perisian menyebabkan sukar untuk menyelesaikan masalah jika berlaku permasalahan terhadap komputer.Sekiranya komputer tidak dapat berfungsi,bagaimana ‘Facebook’ akan di akses?
           Namun begitu,sekiranya komputer dapat berfungsi dengan baik tetapi ketiadaan talian internet maka ‘Facebook’ tidak juga dapat di akses.Masalah seperti ini sering dialami oleh golongan pedalaman yang memperolehi bukan sahaja kelengkapan dan kemudahan komputer yang terhad bahkan talian internet juga amat susah untuk di dapati di sesetengah kawasan pedalaman.Hal ini mengakibatkan pengaplikasian ‘Facebook’ sebagai salah satu medium pembelajaran agak sukar untuk di realisasikan.

iv)  Faktor Kurang Sokongan dan Galakan daripada Pihak Pentadbir Sekolah atau Pihak Atasan
            Sokongan dan galakan dari pihak pentadbir dan pihak atasan sangat penting dalam melibatkan penglibatan semua guru dalam bidang ICT.Justeru,pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa berfikiran terbuka iaitu dengan mengubah persepsi negatif guru yang melihat pembelajaran berasaskan teknologi dan medium seperti ini adalah sukar dengan memperkenalkan kaedah-kaedah baru pembelajaran dengan menggunakan bidang teknologi dan medium baru pembelajaran seperti ‘Facebook’.
            Selain itu,pihak pentadbir dan pihak atasan juga mestilah memberi sokongan yang padu kepada guru iaitu dengan memperkasakan kemahiran guru dengan memberikan kursus kemahiran penggunaan teknologi secara cekap dan efektif.

v)  Faktor Penglibatan Guru dalam Bengkel atau Kursus Teknologi yang Diadakan
               Sesetengah golongan guru ‘senior’ atau guru lama agak kurang melibatkan diri dalam bengkel atau kursus teknologi.Mereka lebih selesa menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lama tanpa melibatkan sebarang teknologi apatah lagi ‘Facebook’ sebagai medium pembelajaran yang di anggap rumit dan memakan masa yang lama untuk di gunakan.
              Sekiranya bengkel atau kursus teknologi sering diadakan akan tetapi tidak mendapat sambutan dari guru-guru,objektif untuk meningkatkan pengaplikasian teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai dan kaedah sesi pengajaran dan pembelajaran akan sentiasa di takuk yang sama tanpa sebarang kemajuan dan pengubahsuaian ke arah yang lebih baik dan efektif.



IMPLIKASI PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM PELAJARAN
Penggunaan Facebook sebenarnya sangat banyak memberikan impak terhadap dalam proses pembelajaran.Namun impak-impak ini boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian sama ada impak baik ataupun impak buruk. Memang tidak dapat dinafikan bahawa applikasi facebook ini sememangnya sangat bermanfaat dan membantu dalam proses pembelajaran.Ia bukan sahaja membantu kita untuk bersosial malah ia menyediakan ruang diskusi yang sangat effektif kepada para pelajar.Para pelajar akan mudah untuk menyalur dan berkongsi pendapat.Facebook juga mempunyai pelbagai aplikasi tambahan yang mampu bertindak seperti aplikasi ‘skype’,private masanger,invitation dan sebagainya.Hal ini membentukan bahawa ia mampu menjadi sesuatu yang sangat berguna dan memudahkan proses pembelajaran terutamanya pembelajaran jarak jauh.Aplikasi ini dapat mendekatkan hubungan dengan pensyarah dan rakan kuliah yang lain.Seterusnya,membolehkan sesuatu mesej dan pesanan itu dapat disampaikan dengaan mudah dan effektif. Maka dengan penggunaan aplikasi ini,kita sudah tidak perlu untuk memuat naik aplikasi lain kerana aplikasi ini sudah cukup lengkap dan bermanfaat untuk penggunanya.Namun kesan buruknya juga masih ada apabila berlaku penyalahgunaan.Kita dapat lihat banyak masa terbuang bila para pelajar terlalu asyik dengan media sosial ini.Maka,para pelajar tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran mereka kerana terlalu taksub bermain facebook ini.Akhir kata,segala input yang baik mahupun buruk boleh didapati daripada facebook ini,maka terpulanglah kepada diri individu tersebut mahu menjerumuskan diri mereka ke arah yang mana.




KESIMPULAN
Secara keseluruhannya,penggunaan aplikasi facebook dalam pelajaran sememangnya banyak memberikan kesan baik terhadap proses pembelajaran itu sendiri selain kepada pelajar yang menggunakannya. Aplikasi ini sememangnya dicipta bagi memudahkan urusan semua pihak yang sememangnya semakin sibuk pada era globalisasi ini.Aplikasi ini sememangnya sangat menjimatkan masa dan tenaga kerana setiap kerja dan perbincangan dapat dilakukan di alam maya.Namun,kesan buruk akibat daripada penyalahgunaan aplikasi ini tidak boleh dipandang enteng kerana kesannya mampu menyebabkan seseorang pelajar itu leka dan alpa terhadap pelajaran.Maka, kesan baik atau buruk facebook ini sebenarnya bergantung kepada penggunanya sendiri.Jika para pelajar mampu menjadikan facebook ini sebagai satu medium alat  pembelajaran yang baik,maka pulangan yang baik akan dapat secara total diakhirnya.Namun jika para pelajar tidak memanfaatkan facebook ini secara baik,maka pelajar itu sendiri akan susah untuk fokus kepada pelajaran. Maka,para pelajar sekarang bukan sahaja perlu dipantau penggunaan facebook mereka namun perlulah dibimbing dan diberi tunjuk ajar agar mereka tidak mensia-siakan medium yang bermanfaat ini ke arah perkara yang tidak baik.




RUJUKAN
-Baker. P. 1999.Creating learning communities: The unfinished agenda.  In B.
    A.Pescosolido & R. Aminzade (Eds.).The social works of higher education
    (pp. 95-109).  Thousand Oaks CA: Pine Forge Press.
-Caroline Loge Munoz &Terri L Towner. 2009. Opening Facebook: How to Use
    Facebook in the College Classroom,             http://www46.homepage.villanova.edu/john.immerwahr/TP101/Facebook.pdf [7 Mac 2011]
-Mazer. J. P., Murphy. R.E., &Simonds. C. J. 2007. I’ll see yu on “Facebook” :
    The effects of computer-mediated teacher self-disclosure on students
    Motivation,affective learning and classroom climate. Communication


    Education, 56, 1-17.

Sunday, 31 May 2015

Sampah

Video ini mengenai sikap individu yang suka membuang sampah merata-rata.